Ngeehhh....Its me...Fran!!!

Ngeehhh....Its me...Fran!!!

Monday, June 28, 2010

Dapatkah saya bersabar???

Perkara itu telah lama berlalu...bolehkah sekiranya perkara itu dilupakan? Saya telah berusaha untuk melupakan apa yang telah terjadi tapi nampaknya saya tidak mampu untuk menghalang orang lain daripada terus menimbulkan lagi perkara ini. Kenapa setiap kali orang bercakap dengan saya harus timbulnya pertanyaan itu? Saya sudah tiada apa-apa dengannya. Telah lama saya membuat keputusan itu. Sangkaan saya semuanya sudah tahu... Tapi, saya silap...mereka tidak tahu... Berulangkali saya harus menjawab pertanyaan yang sama...Saya tidak salahkan sesiapa tapi kesedihan saya mula ada sekiranya saya disoalkan benda yang sama. Saya cuba untuk tidak bersedih lagi dan ingin memulakan hidup saya yang baru. Bagi saya, entahlah siapa yang salah dan siapa yang betul. Saya tidak berani untuk berkata apa-apa. Cuma orang yang menyaksikan segalanya saja yang akan menilai mana baik dan mana buruk, mana salah dan mana benar. Tapi, setiap pandangan orang berbeza bukan??? Saya percaya semuanya itu...Saya minta maaf sekiranya saya telah membuat kesilapan. Maafkan saya andainya telah menyebabkan orang menyampah melihat saya. Namun, saya mohon supaya saya tidak terus dipersalahkan. Kata orang, ketahui dulu hal sebenar barulah kita tahu kebenarannya...