Ngeehhh....Its me...Fran!!!

Ngeehhh....Its me...Fran!!!

Friday, June 10, 2011

Saya pantang tengok orang yang suka berlagak..seperti dia itu tahu segalanya walhal masing-masing pun saling belajar sesama sendiri..Saya juga paling pantang kalau orang itu gemar menilai orang lain dari pandangan luar saja...ermmm...nak tahu siapa orangnya? Tak payahlah ya...saya ini bukan suka nak memalukan orang lain, saya cuma harap kalau orang itu baca blog saya ini, faham-fahamlah...siapa makan cili dia rasa pedas kan??? Memandangkan saya dah nasihatkan supaya jangan berlagak, dia tak nak dengar...kawan yang lain pun bengang dengan perangai dia...dah orang nasihatkan, masuk telinga kiri keluar pula telinga kanan...Tapi, saya memang tak boleh terima yang dia cakap saya ini suka lelaki yang berwang banyak, pendek kata dia nak kata saya ini mata duitan...yang saya tak boleh terima lagi, dia cakap saya ini suka lelaki yang tua seperti orang yang berpangkat dato...Saya akui saya memang ada kawan yang mempunyai gelaran dato...tapi bukan bermaksud saya ini ada hati untuk berpasangan dengan dato...Jangan sangka orang yang sosial seperti saya ini adalah orang yang seperti itu...bukan semua orang sama...bagi dia, semua perempuan mata duitan saja...KAMU GILA??? Orang selalu ingatkan, jangan hanya pandang luar saja...kenali dulu orang itu baru lah kamu berkata-kata!!! You don't know anything about me, so don't ever simply judge me!!! Kamu hanya tahu kata saya, tapi kamu tak reti nak fahami perangai sendiri sebelum mengata orang lain...kamu perasan tak kawan-kawan kita yang lain pun tak suka kamu? Sehingga mereka mengadu dengan saya mengenai ketidakpuasan hati mereka terhadap kamu...kamu taktahu kan? Kamu cuma reti nak berlagak gila depan kami semua, kamu tunjukkan keegoaan kamu itu dengan kami...itu pun kamu tak sedar-sedar juga??? Lama saya sabar dengan kamu...saya tak nak bangkitkan pergaduhan...saya bukan jenis yang nak gaduh saja...Kamu faham-fahamlah sikit perasaan orang...jangan nak terus menuduh orang lain yang bukan-bukan dan memburuk-burukkan mereka di depan semua orang...cuba kalau kamu yang diperbuat begitu, apa perasaan kamu???

Monday, May 16, 2011

Susah oo kalau ada perasaan sama orang lain kan? Lagi-lagi kalau orang yang kita suka itu dah berpunya..Sedih oo kalau macam tu...Perasaan sayang tu susah mahu lepas oo kan?? Maklumlah kalau dah sayang macam-macam kita boleh buat bah..tapi terpulanglah sama orang tu mahu buat apa...jangan pula sampai mahu bunuh diri kan?? Dah melampaui batas kalau macam tu bah...Tapi kan...perasaan susah bah mahu kawal...macam kalau kita marah dengan seseorang, geram mahu mampus apa-apa saja boleh jadi...macam-macam oo dunia sekarang kan??? Kalau setakat orang itu ada teman wanita saja tidak mengapa, tapi kalau yang dah nak tunang nak nikah segala tu bagaimana pula?? Itu lagilah dahsyat...errmmm...saya pun pernah juga suka orang yang dah berpunya...sedih jugalah...perasaan tu macam susah mahu hilang bah...mahu lupakan orang yang kita sayang atau suka susah bah..bukan senang tu..sampai menangis bah saya..kepala fikir pasal tu saja...tidak tahu mahu buat apa...takkan mahu suruh lelaki yang saya suka tu kasih tinggal teman wanita dia kan?? saya tidaklah sejahat itu bah...saya tahu bagaimana juga perasaan gadis tu nanti kalau dapat tahu pasangan sendiri curang sama orang lain...susah juga saya mahu lepaskan, tapi mahu buat macamana juga kan? Orang punya bah tu..saya tidak boleh pentingkan diri bah...sayang macamana pun, saya kena faham juga perasaan pihak lain...lagi-lagi gadis itu adalah pilihan kedua orang tuanya..Kita berkorban ada kalanya membawa erti sayang...dan itu adalah tanda sayang saya dengan lelaki tersebut...saya tahu mungkin lelaki yang saya suka itu pun dua hati mahu pilih antara saya atau gadis itu, saya pun macam tu juga...tak tahu nak buat macamana...nak lepaskan dia atau terus bersama dia, tapi agak mustahil kalau macam tu, sebab dia pun telah menyatakan yang dia sayang dan suka dengan gadis itu...kalau sudah itu pernyataannya, maka saya rasa saya sepatutnya memberi dia kebebasan untuk memilih jalan sendiri, dari situ juga saya rela untuk mengalah...maksud saya undur diri...bagi ruang untuk mereka berdua...bukan saya berlagak baik, saya bukan baik pun, tapi kerana tidak mahu merosakkan hubungan antara mereka, lebih-lebih lagi kalau perkara seperti ini boleh melibatkan keluarga yang lain...kita kena hormat keputusan orang lain selagi perkara itu adalah baik...dan kadangkala pengorbanan itu terpaksa dilakukan demi untuk mengekalkan hubungan yang baik...saya faham...saya faham...sedih saya macamana sekalipun tiada siapa yang dapat mengubahnya dan membaikpulihkannya, cuma saya sendiri yang boleh memulihkan diri sendiri cuma perlu ikut masa saja...Apa-apa pun, saya harap dia bahagia selalu..itu saja yang boleh saya doakan... "Perasaan benci dan marah tidak saya selitkan dalam diri saya malah saya tumpang gembira kalau itu pilihan yang kamu mahukan...seperti yang kamu kata, kita hanya merancang, tapi Tuhan yang tentukan... macam-macam boleh jadi dalam masa yang lama...kalau ada jodoh, maka ada lah jodoh, kalau tiada, mungkin ada hikmah disebaliknya dan mungkin juga Dia ada rencananya sendiri..."

Tuesday, April 26, 2011

Kalau kamu terima nasib yang sama, apa yang kamu rasa? Nak tahu tak, hari Ahad lalu, saya nampak ada seorang lelaki India. Dia duduk seorang diri, tepinya ada beberapa kotak besar dan sederhana besar yang berlipat...Mungkin itu adalah sumber rezekinya...Bila saya tengok dia, sedih pula rasanya...Saya tak bolehlah tengok keadaan orang yang macam itu...Saya mudah simpati...tak tahu kenapa...Saya pandang saja dia tapi dia tak pandang tempat kami...dia tengok tangan dia waktu itu... Saya sedih oo tengok dia...Member saya pun pergi ke tempatnya, saya pun ikut sama...Dia tanya lelaki India itu sehari berapa keuntungan dia boleh dapat. Jawabnya, cuma RM15 sehari...Bayangkanlah cuma RM15, cukupkah? Andai kata dia tidak dapat cari kotak untuk dijual, apa yang dia boleh makan? Errmmm...Kerana perasaan simpati, saya dengan member hulurkan sedikit bantuan untuk dia...Memanglah tidak seberapa rasanya, tapi lelaki itu begitu gembira...Walaupun jumlah wang yang kami beri itu sedikit, tapi lelaki itu kelihatannya gembira sangat...Kalau bagi orang yang ada wang, mungkin mereka akan rasa jumlah itu tiada nilainya tapi bagi orang yang hidup susah, walau Rm1 pun tinggi nilainya...apa lagi kalau mereka mendapat jumlah wang yang tinggi nilainya daripada RM1... Selepas itu, lelaki India itu ucapkan terima kasih dengan kami dan waktu yang sama juga saya terfikirkan betapa bersyukurnya saya hidup dalam keadaan yang senang saja...Hidup sederhana adalah lebih baik...saya cukup syukur dengan kehidupan sendiri...Ramai rakan...masih ada keluarga...saudara-mara...dan yang paling penting kedua-dua orang tua saya. Sekiranya kita ada masalah ibubapa jugalah tempat kita berpaut dan meluahkan segala masalah, tapi bagi orang yang tidak mempunyai keluarga, hidup sebatang kara dan terpaksa mencari rezeki seorang diri, di mana tempat dia bergantung dan meluahkan segalanya? Saya tahu jawapannya...Kamu tahu jawapannya apa? Sudah tentulah tahu kan...makanya tidak perlulah saya nyatakan ya...hehe... Kadang-kadang memang dalam kehidupan kita harus ada kegembiraan barulah hidup tidak tertekan...ada kalanya kita tidak tahu apa kegembiraan yang sepatutnya kita cari, tapi sebenarnya kegembiraan itu senang sahaja untuk dicari...cuma terpulang dengan individu itu sendiri bagaimana cara mereka mengendalikan hidup sendiri...alahai...kalau saya pun, saya bukannya reti sangat kendali hidup sendiri, itu pun ada juga member-member yang nasihatkan saya seperti jangan buat itu ini untuk kebaikan hidup saya sendiri dan sebenarnya kerana itu jugalah saya happy sebab ada kawan yang boleh memberi saya tunjuk ajar yang baik juga...hehe...itu pun boleh dikatakan datangnya kegembiraan...hahaha...Kembali kepada cerita kita di sini, bersyukurlah dengan apa yang ada...hehe...dan bergembiralah...bak kata pensyarah saya, buatlah apa sahaja yang penting "happiness"...haha...tapi biarlah buat benda yang baik ya...bukannya buat benda tidak sepatutnya ya...tapi kalau hati dah nak buat, nak buat macamana juga kan? haha...tapi sebelum itu, renung-renungkan dan selamat beramal...hehe....

Wednesday, April 20, 2011

You know how it feels when the person that you care most don't really appreciate your existence? Everything when they needed, you help them as you could...But, everything seems like doesn't matter at all for them. How am I suppose to believe in you? Again??? What do you think I am? Damn!! I'm hurt!!! Do you realize that? You not be able to see me cry in front of you because I don't want to...I don't want you saw me cry...even others!! I don't want!! Unfortunately, its no use...You don't care about others' feeling...I ask you "do you ever??" No...You never ever want to take the opportunity to care for others!!! I'm sorry fir being rude but thats how I feel...All you concern about is yourself, your own...You take care of your own...I will not enter your life again...Do share with the person that you may give trust on...Moi fatigue!!!

Wednesday, March 16, 2011

I don't know who make mistake , but whatever it is, I really disappointed on you... adakah kamu terlepas cakap seperti itu dengan saya secara tidak sengaja atau memang niat kamu nak cakap seperti itu...mungkin orang lain taktahu hal sebenar dan akan mempersalah kan saya atas semuanya, tapi saya tidak kisah kerana kebenaran itu tetap kebenaran...kerana saya dapat rasakan ada segelintir pihak yang secara tiba-tiba tidak melayan saya taktahu kenapa...adakah kamu yang membuat perkara ini terjadi ataupun mereka sendiri yang memang tidak suka hendak melayan saya??? Am I burden you??? Kenapa kamu terlalu ikut perasaan dan mengeluarkan pernyataan yang boleh memberi kesan pada perasaan orang lain? Kenapa tidak kamu fikir sebelum kamu cakap? saya pun ada tahap kesabaran juga...semua orang pun ada...kalau kamu tidak buat saya begini sudah tentu kita akan masih sama-sama macam dulu tapi sini saya minta maaf sebab saya tak dapat nak terima kamu jadi seperti dulu lagi...mungkin saya ini keterlaluan tapi saya tak boleh nak lupakan dengan apa yang kamu cakap dengan gelagat kamu waktu itu...ermmm...tidak apalah...kamu pun tahu bagaimana situasi waktu itu kan??? saya tahu saya bukan seperti kamu yang mudah untuk mendapatkan sesuatu daripada kedua orang tua... tapi saya cuma mohon supaya jangan saya dihina seperti itu...memang itu hak kamu, barang-barang kamu, saya tiada hak untuk memaksa kamu tolong saya...saya hargai pertolongan kamu selama ini yang memudahkan saya untuk ke destinasi yang hendak saya tuju setiap hari tapi biarlah pertolongan kamu itu adalah sesuatu yang ikhlas dari hati kamu...biarlah ikhlas ya...kadang-kadang kasihan juga saya tengok kamu tapi saya perlu sedar juga sampai tahap mana kasihan saya itu terhadap kamu...sebab saya bimbang saya akan terjerat sekali lagi...dan saya juga ingin berterima kasih dengan kamu sebab still "offer" pertolongan kamu....but I'm really sorry for that, because I would not accept it again...It would not change anything...I have my own Principe....You should notice that... Someone told me " Its not easy to accept people who hurt us..." And I think thats true ya...