Ngeehhh....Its me...Fran!!!

Ngeehhh....Its me...Fran!!!

Saturday, October 23, 2010

Sungguh ketara kamu benci pada saya...apa yang saya buat terhadap kamu pun saya tak tahu... cukuplah menyindir saya...cukuplah mengata saya yang bukan-bukan...cukuplah menghina saya depan teman yang lain...saya tidak berbuat begitu pun terhadap kamu...tapi kenapa kamu perlakukan saya begini? Teman lain pandang saya hina sangat kerana mulut kamu yang tak henti berbicara segala buruk tentang diri saya...saya sedar saya tidak sebaik yang saya sangka tapi saya cuba untuk berbuat baik...namun apa yang saya dapat? Kamu tak sedar kebaikan saya terhadap kamu dan sememangnya kamu langsung tak sedar! Begitu juga dengan yang lain...apabila seseorang berkata sesuatu mengenai orang ini, pasti yang lain akan turut serta... namun kalau orang tersebut seorang yang tidak mudah percaya pada kata-kata orang, pasti dia tidak akan terpengaruh dengan orang tersebut...saya cuba menahan kesakitan hati saya sehingga saya bersabar dengan apa yang kamu katakan pada saya...penyindiran itu biarlah ada hadnya sebagai untuk menyedarkan seseorang tapi bukan sekadar untuk melepaskan rasa geram dan dengki terhadap orang tersebut...tidak mengapa kamu tidak sedar kebaikan orang tersebut pada diri kamu tetapi cubalah untuk menghargai kebaikannya sebaliknya janganlah sesekali kamu menghina dirinya di depan khalayak ramai...apa yang saya peroleh dalam hidup itu adalah rezeki saya, dan saya bersyukur dengan apa yang saya dapat, makanya jangan pelik dengan kemunculan semua benda-benda yang saya ada...dan saya mengharapkan kamu tidak mempertikaikan rezeki saya ini...nasib manusia sentiasa berbeza...mulanya akan bernasib baik dan seterusnya akan bernasib tak baik, dan juga sebaliknya...mungkin atas rahmatnya saya masih mampu untuk mendapatkan apa yang saya mahu...itu pun kerana ibubapa saya yang sentiasa memenuhi keperluan saya...saya sangat berterima kasih dengan apa yang mereka berikan pada saya dan adik-beradik yang lain...Dan peringatan pada semua, jangan sesekali kita adili orang itu dari aspek luaran sahaja, tetapi kenali dahulu orang itu sebelum menilainya...orang yang kelihatannya baik di luar tidak semestinya hatinya baik...walaubagaimanapun, saya doakan kebaikan akan menjejak kamu...

Sunday, October 10, 2010

Kenapa saya tidak sedar selama ini kamu menyimpan perasaan tidak suka dengan saya? Berat sangat kah salah saya? Kenapa tidak terus-terang cakap dengan saya? Kenapa mesti beri pada orang lain untuk sampaikan pada saya? Selama saya bersama kamu, saya sangkakan kamu baik-baik saja dengan saya tapi saya silap, dalam diam kamu sembunyikan perasaan tak suka...Saya terkilan dengan apa yang saya terima hari ini... siap dengan mesej seolah-olah tidak mahu jumpa saya lagi... seolah-olah saya "dihalau"... dengan mesej yang seperti ini " jangan kamu lepak rumah kami lagi, kami tak suka kamu pergi rumah kami lagi..." hina sangat kah saya sehingga sampaikan saya pesanan seperti itu? Kenapa tidak dari dulu kamu beritahu saya yang kamu tak suka? Kenapa jadi hipokrit dengan saya sedangkan di depan saya nampak sangat kamu layan saya dengan baik...jangan tipu saya...kamu tahu saya berperangai jenis apa...kamu tahu saya open-minded, kenapa tak cakap terus-terang dengan saya???? kenapa kamu seperti itu ya? saya akui memang saya selesa dengan kamu semua... gembira sangat dengan kamu...tapi dalam diam kamu buat saya macam ini...sembunyi itu ini dari saya... "merajuk" bukanlah satu kegemaran saya...dan saya tak berperasaan begitu pun...cuma sekarang saya benar-benar terkilan dan tidak sangka kamu seperti "ada dua"...baiklah...saya minta maaf sekiranya saya banyak buat salah dengan kamu semua...waktu saya kurang ajar, memaki sana sini, buat kamu tak selesa dan semuanya... maklumlah dunia saya tidak macam kamu...dunia saya "luar dari bulatan"...bukan seperti kamu yang hanya di dalam...faham tidak faham, terpulanglah ya...umur saya walaupun belum masuk 20 tahun tapi jangan sangka pengalaman hidup saya seperti dalam lingkungan umur itu... maaf tidak balas mesej segala dari kamu dan tidak jawab panggilan kamu...dah tiada apa yang perlu dibincangkan lagi...saya tidak dapat terima apa yang saya dapat tahu hari ini...apa-apa pun, maaf sekali lagi...jaga diri baik-baik ya...gurau-senda dari saya selama bersama kamu semua harap tidak diambil serius...assalamualaikum...