Ngeehhh....Its me...Fran!!!

Ngeehhh....Its me...Fran!!!

Wednesday, September 1, 2010

Kadangkala apabila saya menangis terasa juga hati terubat...samalah dengan situasi apabila kita meluahkan perasaan kita kepada orang yang kita percayai...saya akan rasa puas apabila saya dapat melepaskan segala perkara yang membebankan saya...seorang lelaki chat dengan saya dalam facebook, kami bercerita mengenai kisah hidup masing-masing tapi hanyalah yang berkaitan dengan pengalaman bercinta... tapi, setiap kali ungkit mengenai perkara ini, kesedihan itu mula ada dalam diri saya, saya tahu saya tidak patut sentuh pasal hal itu lagi... tapi, apakan daya? Dia adalah orang yang benar-benar saya sayangi, bukan senang mahu melupakan orang yang kita benar-benar sayang...yang benar-benar kita harapkan supaya kekal dengan kita...Di mana lagi perlu saya sembunyikan? Tapi itu sudah menjadi keputusan saya supaya tidak bersama dia lagi...kembali kepada lelaki yang "chat" dengan saya tersebut, dia banyak memberi dorongan pada saya...terima kasih sangat-sangat...yang paling saya tersentuh dan tertarik, dia tanya saya soalan ini " dari manakah air mata kamu datang?" kalau kamu diberi soalan seperti ini, apakah yang akan kamu jawab? Tambahnya lagi, "air mata kamu mahal, tidak wajar kamu titiskan air mata hanya untuk perbuatan seseorang yang telah melukakan kamu..." Adakah patut atau tak patut saya menangis atas apa yang berlaku? Dia memberi saya semangat...perkara ini telah lama berlaku tapi saya masih terbawa-bawa dalam ingatan... seperti pengalaman seseorang yang saya kenali, katanya " saya mengerti apa perasaan kamu, saya telah lalui semua itu, bila kita dilukai, tiada siapa yang sedar, cuma kita yang sedar, orang lain hanya dapat memberi nasihat dan kata-kata semangat, tapi diri kita sendiri yang akan mengawalnya... bagaimana cara kita mengawal emosi segala... bagaimana kita meneruskan hidup kita, hidup masih panjang... insyallah..." kamu nak tahu? Kadangkala timbul perasaan benci dan marah terhadap orang yang telah melukai saya, tapi bila teringat semula kata-kata tadi, jiwa saya rasa seolah-olah tidak mempunyai perasaan marah dan benci itu lagi...kesedaran mula timbul bahawa kita tidak akan peroleh apa-apa sekiranya kita membenci dan menaruh dendam terhadap seseorang itu, apa yang kita dapat? Apa??? Yang ada cuma tambahnya sakit...kekesalan mengenali orang itu hanyalah seketika rasanya, tapi melupakan orang itu sungguh menyeksakan... Pernahkah kamu meletakkan diri kamu sendiri pada orang yang sedang melalui situasi-situasi seperti ini? Dan adakah kamu benar-benar dapat merasainya meskipun kamu tiada pengalaman seperti itu? Mulut cuma akan berkata "ya" tapi sebenarnya "tidak"... kalau kamu tahu perasaan itu, kamu tidak akan menyalahkan orang yang dilukai itu sebaliknya kamu akan berkata "itu adalah hukum dalam dunia percintaan, sudah menjadi kebiasaan berlaku dalam perhubungan..." Kerana itu jugalah saya dapat mengelakkan diri daripada mempunyai rasa benci...sebaliknya saya rela memaafkan orang tersebut walaupun kesedihan itu masih ada...keputusan itu di tangan saya...Lelaki yang memberi saya dorongan itu berkata lagi pada saya " adakah kamu sedang menangis? Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, saya memohon maaf sekiranya saya telah menyentuh perasaan luka lama kamu, menyebabkan air mata kamu keluar, maafkan saya..." Tapi bagi saya, tidak ada salahnya dia menyebabkan saya mengeluarkan air mata sebab luka lama saya, kerana saya bukan berasa sedih atas perkara lalu sebaliknya saya terharu dengan apa yang dia sampaikan pada saya...kata-kata semangatnya itu... Tak sempat saya mengucapkan terima kasih padanya tadi...terima kasih kerana mendorong saya...