Ngeehhh....Its me...Fran!!!

Ngeehhh....Its me...Fran!!!

Sunday, July 4, 2010

Kenapa ya kebelakangan ini saya hanya tahu berkhayal? Apa yang saya khayalkan? Apa yang saya fikir? Apa??? Macam tak tentu dah. Ermmm...mungkin disebabkan saya rindu keluarga kali...yuuppp...rasanya saya rindu keluarga...sebab saya selalu teringatkan mereka. Mummy, daddy, abang dan adik...setiap kali tangan saya selalu mahu capai telefon bimbit dan terus menghantar mesej " saya rindu kamu semua" kepada mummy...lalu mummy pun menelefon saya dan menanyakan keadaan saya di sini...saya pun tertanya-tanyakan keadaan mereka di sana...adakah mereka baik-baik saja? Ya...mereka baik-baik saja...tawa ria mereka yang riang membuatkan saya berasa senang hati...saya benar-benar rindu dengan mereka... Apabila saya dah tiba di Shah Alam, saya rasa seolah-olah bersendirian walaupun ada teman di sini...tapi bersama rakan-rakan tidak sama ketika bersama keluarga...berbeza sekali...

Monday, June 28, 2010

Dapatkah saya bersabar???

Perkara itu telah lama berlalu...bolehkah sekiranya perkara itu dilupakan? Saya telah berusaha untuk melupakan apa yang telah terjadi tapi nampaknya saya tidak mampu untuk menghalang orang lain daripada terus menimbulkan lagi perkara ini. Kenapa setiap kali orang bercakap dengan saya harus timbulnya pertanyaan itu? Saya sudah tiada apa-apa dengannya. Telah lama saya membuat keputusan itu. Sangkaan saya semuanya sudah tahu... Tapi, saya silap...mereka tidak tahu... Berulangkali saya harus menjawab pertanyaan yang sama...Saya tidak salahkan sesiapa tapi kesedihan saya mula ada sekiranya saya disoalkan benda yang sama. Saya cuba untuk tidak bersedih lagi dan ingin memulakan hidup saya yang baru. Bagi saya, entahlah siapa yang salah dan siapa yang betul. Saya tidak berani untuk berkata apa-apa. Cuma orang yang menyaksikan segalanya saja yang akan menilai mana baik dan mana buruk, mana salah dan mana benar. Tapi, setiap pandangan orang berbeza bukan??? Saya percaya semuanya itu...Saya minta maaf sekiranya saya telah membuat kesilapan. Maafkan saya andainya telah menyebabkan orang menyampah melihat saya. Namun, saya mohon supaya saya tidak terus dipersalahkan. Kata orang, ketahui dulu hal sebenar barulah kita tahu kebenarannya...