Ngeehhh....Its me...Fran!!!

Ngeehhh....Its me...Fran!!!

Saturday, October 23, 2010

Sungguh ketara kamu benci pada saya...apa yang saya buat terhadap kamu pun saya tak tahu... cukuplah menyindir saya...cukuplah mengata saya yang bukan-bukan...cukuplah menghina saya depan teman yang lain...saya tidak berbuat begitu pun terhadap kamu...tapi kenapa kamu perlakukan saya begini? Teman lain pandang saya hina sangat kerana mulut kamu yang tak henti berbicara segala buruk tentang diri saya...saya sedar saya tidak sebaik yang saya sangka tapi saya cuba untuk berbuat baik...namun apa yang saya dapat? Kamu tak sedar kebaikan saya terhadap kamu dan sememangnya kamu langsung tak sedar! Begitu juga dengan yang lain...apabila seseorang berkata sesuatu mengenai orang ini, pasti yang lain akan turut serta... namun kalau orang tersebut seorang yang tidak mudah percaya pada kata-kata orang, pasti dia tidak akan terpengaruh dengan orang tersebut...saya cuba menahan kesakitan hati saya sehingga saya bersabar dengan apa yang kamu katakan pada saya...penyindiran itu biarlah ada hadnya sebagai untuk menyedarkan seseorang tapi bukan sekadar untuk melepaskan rasa geram dan dengki terhadap orang tersebut...tidak mengapa kamu tidak sedar kebaikan orang tersebut pada diri kamu tetapi cubalah untuk menghargai kebaikannya sebaliknya janganlah sesekali kamu menghina dirinya di depan khalayak ramai...apa yang saya peroleh dalam hidup itu adalah rezeki saya, dan saya bersyukur dengan apa yang saya dapat, makanya jangan pelik dengan kemunculan semua benda-benda yang saya ada...dan saya mengharapkan kamu tidak mempertikaikan rezeki saya ini...nasib manusia sentiasa berbeza...mulanya akan bernasib baik dan seterusnya akan bernasib tak baik, dan juga sebaliknya...mungkin atas rahmatnya saya masih mampu untuk mendapatkan apa yang saya mahu...itu pun kerana ibubapa saya yang sentiasa memenuhi keperluan saya...saya sangat berterima kasih dengan apa yang mereka berikan pada saya dan adik-beradik yang lain...Dan peringatan pada semua, jangan sesekali kita adili orang itu dari aspek luaran sahaja, tetapi kenali dahulu orang itu sebelum menilainya...orang yang kelihatannya baik di luar tidak semestinya hatinya baik...walaubagaimanapun, saya doakan kebaikan akan menjejak kamu...

No comments:

Post a Comment