Ngeehhh....Its me...Fran!!!

Ngeehhh....Its me...Fran!!!

Monday, November 22, 2010

What hurt the most????

Apa perasaan kamu sekiranya ada orang yang kamu kenal sindir, hina, perli dan paling dahsyat lagi mengata kamu di belakang, maksudnya "tikam dari belakang"??? Sebaliknya kamu tak pun berbuat sedemikian dengan mereka...Lebih-lebih lagi kalau mereka tak layan kamu secara tiba-tiba? Adakah kamu akan biarkan? Buat tak tahu? Tanya mereka apa masalah mereka? Atau bersendirian? Adakah kamu sanggup kehilangan kawan yang sebegitu ataupun teruskan melayan karenah mereka yang merupakan satu penghinaan terhadap diri kamu semata-mata bimbang kehilangan seorang kawan? Ini adalah kisah seorang rakan saya yang meluahkan perasaannya sendiri pada saya...sebenarnya saya tak tahu nak kata apa...dalam bab-bab seperti ini memang sukar untuk kita putuskan...misal kata kalau kamu ini bukan seorang yang peramah dan susah nak bergaul dengan orang lain, mungkin kamu akan lebih rela teruskan hubungan dengan kawan yang sedia ada walaupun kawan tersebut buat jahat dengan kamu. Bagi pendapat saya, saya akan buat tak tahu saja, maksudnya seperti "buat bodoh".Kata orang, lebih baik kita berdiam daripada kita bersuara. Masalah ini cuma kecil bukannya besar. Its simple, if they want to talk with you, then just take the opportunity talk to them too...But, if they refused talk to you then just be positive thinker...no need to take serious of it... because you will be more stress and always think about it...just calm yourself and think of others that still around you... Cakap memang senang, tapi hendak melakukannya itu amat sukar. Tapi, percayalah cakap saya, apabila anda sabar menangani situasi ini, sudah tentu anda akan tenang...biar orang melakukan semua perbuatan jahat dengan kita kerana suatu hari nanti orang itu pasti akan kena juga...saya dah banyak lalui semua itu. Dan sememangnya itu amat menyakitkan. Tapi, begitulah cara saya menangani situasi sedemikian, saya tak tahu bagaimana nak nasihatkan orang lain sedangkan diri saya sendiri berhadapan dengan situasi sedemikian. Tapi, pengalaman mengajar kita erti kehidupan dan lagi-lagi memberi kita pedoman hidup, makanya saya menggunakan cara yang sebegini dalam mengatasi masalah seperti ini...Dalam kehidupan seharian kita, susah untuk kita dapat kawan tapi mudah untuk kita dapat lawan...faham tak apa yang saya maksudkan?? Maksud saya, dalam banyak-banyak kawan, susah untuk kita dapat kawan sebenar tapi dalam kalangan ramai kawan, kebanyaknnya adalah lawan...betul tak?? Yang paling akan mendatangkan perselisihan faham sesama sendiri sekiranya mempunyai kawan yang tinggi dalam "PHD" iaitu "Perasaan Hasad Dengki"... Sifat dengki mempunyai pengaruh kuat yang boleh menghasut diri kita supaya benci dengan seseorang, lebih-lebih lagi rakan yang akrab dengan kita...saya paling tak suka orang yang bersifat sedemikian...sifat hasad dengki tak pernah lahir dalam diri saya...mungkin ramai yang tidak percaya tapi itu yang saya tak amalkan. Saya mempunyai ramai rakan yang membuat pengakuan dengan saya bahawa mereka dengki dan cemburu dengan saya, mereka kata saya sangat perfect, mendapat segala yang saya idamkan, seolah-olah saya bebas dari masalah...Semua itu nasib masing-masing, kita tak boleh pertikaikan nasib orang lain..kamu silap, tiada manusia yang sempurna...itu saja, makanya perkataan sempurna itu jangan digunapakai dalam menilai orang. Nak tahu, saya bersyukur saya ada ramai kawan, bukan setakat di "sini", "situ", tapi juga "sana"...maybe that's my luck!!! Thank you so much!!! So, as for you my dearest friend, just be patient ya...you still have me, no worries...Orang lain tak nak kawan dengan kamu, tapi saya tetap jadi kawan kamu, saya kenal kamu lagi lama dari mereka...seorang kawan tidak akan meninggalkan kawan apabila susah dan seorang kawan tidak akan mencari hanya kerana meminta pertolongan...justeru itu, seorang kawan tidak akan berkelompok dan membiarkan dia bersendirian dalam kesepian sebaliknya mereka semua dalam tawa ria yang kuat...Plus my friend, please don't ever think that you are kind of shit in front of them because people who said and thought you're shit are those that never know themselves...seperti kata yang berbunyi, cermin dulu diri sendiri atau kenali dulu diri sendiri barulah nilai orang lain...

No comments:

Post a Comment